KAEDAH PENYEDIAAN RUMPAI LAUT

Kaedah Penyediaan
  • Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras (5~6 kali)
  • Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
  • Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi (5~6 kali) dan toskan
  • Campur dengan 2~3 Liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
  • Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) - Simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar-agar) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker
   

Cara Pengambilan
  • Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur - sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
  • Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sanquick / air buah
  • Sebelum minum, bacalah Bismillah & Selawat  
 Kegunaan sendiri yang telah siap direbus dan simpan dalam bekas masuk ke dalam peti ais

Cara Membuat Masker

  • Cuci muka 2~3 kali supaya pori-pori di muka terbuka luas
  • Sapu rata gumpulan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
  • Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci  


No comments:

Post a Comment